sorak di belakang…

Jangan diukur tingginya gunung
sebelum berdiri sendiri di puncak
Bunyi guruh sabung menyabung
belum tentu halaman akan lecak
Masa sudah tiba
pertingkatkan minda buat apa yang patut
Memang sudah lama
ramai yang nak maju ramai juga yang takut

Layakkah kita digelar pejuang
atau hanya berani sorak di belakang
Kononnya sibuk julang sepanduk
bila kena tangkap semua kepala tunduk
Saya tahu saya lemah
Saya tahu kamu gagah
Saya juga tahu akhirnya kebenaran akan menyerlah.

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]