sejengkalnya aku

Diingini tingginya darjat
Dikejarnya besarnya pangkat
Supaya hidup tidak tersekat
Tetapi ada yang dia tak ingat

Sekaya-kaya tauke balak
Sehebat-hebat saudagar minyak
Sebesar-besar samseng tahi minyak
Masih ada yang dia tak nampak

Teringat aku penerbangan sulung ku
Duduk di pesawat penuh ghairah
Tak sabar hendak mencecah awan…
Tapi disaat pesawat tinggalkan bumiku
Setiap bangunan menjadi kecil di tanah
Apakan lagi manusia yang hilang dari pandangan

Tersentak aku
Betapa kerdilnya diriku
Dibandingkan dengan semesta Mu
Tersedar aku
Betapa luasnya alam bentangan Mu
Dibandingkan dengan setakat apa yang aku tahu
Termangu aku
Betapa sejengkalnya aku
Dibandingkan dengan dalamnya lautan ilmu…

-fadly.ahmad

Sejengkal

Advertisements