seikhlas hati…

Ucapkan selamat pagi
Sila sabar jangan meradang
Jemput minum kopi
Kita duduk sambil bincang
Buat diri sendiri
Soalan tetap diulang

Kalau tangan tanam padi
Kenapa mulut kunyah lalang?
Kalau pagi dah berus gigi
Kenapa petang bau longkang?
Kalau puji diri sendiri
Kenapa mengumpat pasal orang?
Kalau sendiri taknak rugi
Kenapa malas berat tulang?
Kalau bela anak merpati
Kenapa harapkan garuda yang terbang?

Bila ada rasa iri
Tarik nafas dengan tenang
Bila buat seikhlas hati
Ganjarannya tetap datang
Bila tiba masanya nanti
Pengiktirafan tanpa diundang
Bila sudah baca nanti
Berfikirlah secara matang
Bila rasa geli hati
Senyumlah sorang-sorang…

-fadly.ahmad

tanampadi

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]
Advertisements