Dengan nama pengasih dan penyayang
Gua batu ditembus dengan tenang
Bila sehati sejoli sudah bertentang
Tubuh bak khayal melayang terbang
Sedarku dekelilingi tipu helah
Lenaku mengundang mimpi ngeri
Namun engkau kan tetap ku puja
Kerana engkau tetap yang tertinggi
Inginku kecap cita-cita
Agar terbina mahligai indah
Tapi ditambat suntuknya masa
Inikah hikmah sebalik hikmah
Badai kau hadirkan aku terima
Tangan menyambut dada terbuka
Tapi dimanakah garis penamat
Aku manusia dan aku penat…
– fadly.ahmad