kita tetap kesana…

Ilmu pengetahuan usah dipersiakan
Masing-masing diberikan bahagian
Walaupun merata berkongsi maklumat
Masih ramai yang belum dapat

Kita punya asa, Tuhan punya kuasa
Kita tetap usaha
Kita tetap waspada
Kerana kita manusia

Manusia tetap terlupa
Terlupa tetap percaya
Percaya tetap berbeza
Berbeza tetap ketawa
Ketawa tetap mengata
Mengata tetap bermesra
Bermesra tetap alpa
Alpa tetap sempurna
Sempurna tetap terluka
Terluka tetap gembira
Gembira kerana kita tetap kesana…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

permaisuri pengaman resah…

Kau rentasi usia remaja
hidup penuh suka dan duka
menjadi saksi sejarah merata
kau melangkah ke alam seterusnya
memberikan layanan penuh mesra
menjadi seorang isteri penuh setia
tiba saatnya engkau berjuang
melahirkan kami ke muka dunia
sakit perit mu hanya dapat dibayang
oleh kami yang mudah terlupa

kau jaguh bidang kerja rumah
kau professor ilmu kesabaran
kau permaisuri pengaman resah
kau pendita ilmu pengasuhan
kami akur selautan pengorbananmu
kami akur segunung kesabaranmu
masih belum dapat kami membalas keikhlasanmu
dengan dorongan setulus hati kami ucapkan Selamat Hari Ibu…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

susah nak pisah…

Zaman dah berubah
Itu selalu kita dengar
Dulu polis berseluar pendek
Sekarang anak dara pakai lagi pendek
Tapi bukan seluar menjadi topik ku
Cuma kagum dengan kejadian masa berlalu

Zaman kecilku tanpa tekanan
Hari-hari ku dipersediakan
Di sekolah dapat kawan
Di rumah dapat makan
Di kedai dapat jajan

Akhirnya kau hadir dalam hidupku
Menjadi teman siang dan malam ku
Hidup seharian ku perlukan mu
Tidak bertenaga aku tanpa mu
Adanya engkau menyenangkan ku
Aku miliki apa saja yang ku mahu
Sehingga kehendak melebihi keperluan
Sehingga kekurangan menjadi tekanan

Aku pun terima jalan cerita
Kau sebahagian kehidupan dunia
Walaupun aku telah mencuba
Aku akur pada yang nyata
Adakala berpura tak ambil kisah
Tapi nanti sendiri rasa resah
Dollar, Riggit mahupun Rupiah
Tidak aku nafikan… susah nak pisah…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

tak orang tak kita… v3.0

Tak payah mendabik dada
Kecoh dan heboh lantang suara
No Action Talk Only tak guna
Lebih baik air tenang ada buaya
Tak payah pukul canang
Riuh sekejap lepas tu tenang
Buat saja tanpa pengatahuan orang
Yang penting ikhlas dalam berjuang
Niat murni mesti ada
Kejayaan bukan sekelip mata
Kalau jatuh bangun semula
Baru rasa puas di dada
Bila air hilangkan dahaga
Barulah akhirnya sempurna
Bukan ceramah atau nasihat
Hanya ingin bergurau senda
Menulis apa yang teringat
Tak orang tak kita…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

tak orang tak kita… v1.0

Melihat perangai sekitar
Complain dan gossip tersebar
Tak tahu sabar asyik nak marah
Aku tersenyum lebar
Macam pernah dengar
Tapi dimana ya?
Fikir punya fikir aku berusaha
Akhirnya teringat jua
Terjadi setiap kali menjelang Raya
Kejadian lazim di tanah pusara
Berlinang air mata di pipi
Terkenang pada yang telah pergi
Bersemadi seorang diri
Keinsafan menusuk ke dalam hati
Selepas pusara diziarahi
Berorak langkah lalu pergi
Insaf tadi dilupakan sama sekali
Perangai setan bermula kembali…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

agar terjaga hatimu II…

Setelah dibina ampang ke seberang
Setelah berdiri dinding ke langit
Dianggap lembut walaupun lancang
Harus ditelan walaupun pahit

Bagaikan kapal hilang kemudi
Seindah layar tak berguna lagi
Akan ku ingat akan ku hayati
Jalan cerita yang pernah terjadi

Diri tetap meneruskan kehidupan
Hati tetap mamainkan peranan
Diri mengucapkan selamat jalan
Hati menerima segala ketentuan
Keputusan ku ambil dengan keikhlasan
Agar terjaga hatimu teman…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

ku kampong…

Cara perbualan ku bahasa pasar
Tutur bicara mu istiadat istana
Santapan mu di restoran mewah
Hidangan ku hanya maggie basah
Pameran mu barang mahal berjenama
Pakaian ku pinjam kawan yang punya
Ku sibuk nak bayar duit sewa
Kau sibuk tahap dewa

Kau yakin yang kita berbeza
Ku berangan yang kita sama

Tepuk dada tanya selera
Tepuk dahi tanya kepala
Siapakah pelukis garis pemisah
Siapa pula menyuruh pelukis bekerja

Ku sombong dan kau kelakar
Ku kampong dan kau bandar…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

bak dugong tersenyum…

Si burung terbang merentasi alam
tanpa risau mencari jalan pulang
si buyung memerhati perangai alam
cemas menantikan malam datang
sang duyung senyum memberi nasihat
redhalah menerima jalan cerita
bak dugong tersenyum sambil melihat
dirinya yang sering menjadi bahan ketawa

Pandangan berkalis mungkin terbatas
Sebutan berkias mungkin terjejas
Niat mencapai awan yang atas
Genggamlah dulu tanah yang luas…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

harga vs nilai…

Berapa
jumlah harga
hadiah yang diberikan kepada kita
itu yang selalu ditanya
mempertikaikan ketulusan
hanya pada dasar angka

Mengapa
bukan nilai
usaha yang dihulurkan kepada kita
itu yang selalu terlupa
menghargai keikhlasan
hanya pada dasar asa…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

bagaikan sakti…

Pada tiupan angin lalu
ku kirimkan syukur ku
padaNya yang satu

Tiada seindah pujian
yang dapat ku katakan
kepadaMu oh Tuhan

Ku berdiri seorang diri
di tengah bandaraya ini
orang ramai semua kesibukan
mengejar kerjaya dan impian

Tetapi bagaikan sakti
bila Ramadhan kembali lagi
semua mengambil masa
untuk bersama kaum keluarga

Tetapi bagaikan sakti
dikala Syawal menyambut pagi
manusia merendah diri
memohon maaf seikhlas hati

Ku pohon maaf seikhlas hati

– fadly.ahmad

maaf

*shared post from fadlyahmad.wordpress.com