pergilah

Tatkala tiupan sangkakala memanggil
masuk tak genap keluar tak ganjil
usahlah engkau terkebil-kebil
pergilah… itu panggilan si israfil

Tatkala laungan azan bergema
berdiamlah seketika berhenti berbual
usahlah engkau terpinga-pinga
pergilah… itu panggilan si bilal

Tatkala jeritan memanggil pulang
turutkanlah sahaja dengan tenang
usahlah engkau berasa marah
pergilah… itu panggilan si ayah

Tatkala lafaz dan niat menjadi satu
belayarlah menuju ke pulau sejati
usahlah engkau berasa ragu
pergilah… itulah panggilan cinta di hati…

– fadly.ahmad

Pergilah

Advertisements