cer citer…

Salam sejahtera kepada semua
Selamat Hari Raya dan moga ceria
Saya singgah sebentar ingin bercerita

Cerita dari pelbagai pengalaman
Ada yang dari hasil perkongsian
Ada dari intipan lubang di dinding papan

Cerita tentang peranan kita di social media
Ada yang bercerita ikut perangai kita
Ada yang bercerita ikut perasaan kita
Bila menaip bermaharajalela
Bila berjumpa tak kena gaya

Cerita dengan pantas berleluasa
Dikongsi dikomen tanpa usul periksa
Disebarkan umpama satelit kita yang punya

Cerita yang keluar semakin serabut
Tok Selampit semakin semput
Tukang Karut semakin mengarut

Cerita tentang orang haruslah dijaga
Jangan suka buka pekong di dada
Jangan kata orang kalau kita pun tak suka
Jagalah agama, adat dan budaya
Jagalah tatasusila moga sempurna

Cerita ini rekaan semata
Tak ada yang kena-mengena
Tak orang tak kita

Cerita sudahpun berakhir
Minta diri sementara perlu masa untuk berfikir
Minta maaf atas segala kesalahan yang zahir
Saya meminta agar senyuman ikhlas terukir.

-fadly.ahmad

5

Advertisements

kita pastikan…

Adat semakin usang
Akal semakin kurang
Namun kita pastikan kemuliaan

Mengungkit semakin lazim
Mengumpat semakin zalim
Namun kita pastikan keikhlasan

Jiwa semakin lemah
Nyawa semakin murah
Namun kita pastikan keikhsanan

Keganasan semakin berleluasa
Kemanusiaan semakin tak kuasa
Namun kita pastikan kedamaian

Puisi semakin meroyan
Pembaca semakin bosan
Namun ku berharap tetap terpatri senyuman…

-fadly.ahmad

image_t6

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

moga ranum…

Selamat diucapkan pada semua yang baca
Selamat tahun baru dan salam sejahtera
Selamat berjumpa lagi dengan luahan tanpa suara
Moga beruk turun takhta, cigak bukan penggantinya

Pena masih menari, tinta masih warna warni
Ilham masih dicari, minat masih lagi terpatri
Telinga kanan dan kiri, masih mendengar bunyi
Moga mata yang melihat tidak buta pada hakiki

Sambil tenung tembok, sambil pandang udara
Sambil cari bahan, sambil cari idea
Sambil cari teman untuk bincang jujur dusta
Moga jangan sampai jadi sikap sambil lewa

Ada kawan bersedih, ada kawan ketawa
Ada kawan memberi kesan yang paling ketara
Ada kawan baru, ada kawan lama
Moga kita juga jadi kawan yang sempurna

Takut kena langgar, takut jatuh saham
Takut salah ajar, takut salah faham
Takut nak keluar, takut siang malam
Moga tak takut belajar agar nanti tak karam

Ingatkan dah dekat, dah boleh campak sauh
Rupanya salah tempat, rupanya masih jauh
Badan pun dah penat, tubuh dah berpeluh
Moga masih larat, moga tak mengeluh

Dengan ikhlas kita baja, dengan tekun kita jaga
Moga ranum… moga harum… hendaknya.

– fadly.ahmad

beautiful-sunrise

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

butang baju…

Butang baju pelengkap diri
Kerongsang terlekat kerana peniti
Izinkan diri menyusun jari
Ampun dimohon pada yang sudi
Sebelum pena khayal menari
Bermaksud sejati disalah erti
Lain cempedak lain cili
Main tembak kaki sendiri

Lapan bulatan satu tumpuan
Petua dan ilmu biarlah sebadan
Berani sergah beranilah bertahan
Jangan gelabah melatah meroyan

Niat sang hati ingin memahat
Apakan daya sang jari terhambat
Terbatas asa tak jadi nak buat
Elak terciptanya bahan mengumpat

Maki jarak jauh kita tak layan
Dari angkat jari baik angkat tangan
Kita salam tangan kita berikan senyuman
Habis cerita jabat tangan ucapkan selamat jalan

Kalau langkah sumbang selisih pencak
Jangan salahkan gendang tak ikut rentak…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

hujan panas sudah tempias…

Aku akur manusia memang suka menduga
Tapi janganlah ular lidi mencabar si naga
Bila kau dah kantoi sebelum berdepan
Ibarat sebelum berjudi dah kena saman
Kerana hasrat yang bersyarat aku terjerat
Kerana pangkat dan darjat engkau keparat

Bila lemau orang mengata
Bila gedik orang mengumpat pula
Buatlah apa yang korang suka
Gasaklah apa orang nak kata

Ilhamku berpandukan dari pelbagai karenah
Berjuta yang buruk berjuta juga yang indah
Yang terasa jangan marah
Yang perasan boleh belah

Mungkin cara ku suka menyindir
Tapi niat ku supaya semua berfikir
Bila hujan panas sudah tempias
Mungkin ramai yang akan terjejas

Yang penting selagi darah dan nafas di urat saraf
Pada kamu semua yang setia ku pohon maaf…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

bagaikan sakti…

Pada tiupan angin lalu
ku kirimkan syukur ku
padaNya yang satu

Tiada seindah pujian
yang dapat ku katakan
kepadaMu oh Tuhan

Ku berdiri seorang diri
di tengah bandaraya ini
orang ramai semua kesibukan
mengejar kerjaya dan impian

Tetapi bagaikan sakti
bila Ramadhan kembali lagi
semua mengambil masa
untuk bersama kaum keluarga

Tetapi bagaikan sakti
dikala Syawal menyambut pagi
manusia merendah diri
memohon maaf seikhlas hati

Ku pohon maaf seikhlas hati

– fadly.ahmad

maaf

*shared post from fadlyahmad.wordpress.com