moga ranum…

Selamat diucapkan pada semua yang baca
Selamat tahun baru dan salam sejahtera
Selamat berjumpa lagi dengan luahan tanpa suara
Moga beruk turun takhta, cigak bukan penggantinya

Pena masih menari, tinta masih warna warni
Ilham masih dicari, minat masih lagi terpatri
Telinga kanan dan kiri, masih mendengar bunyi
Moga mata yang melihat tidak buta pada hakiki

Sambil tenung tembok, sambil pandang udara
Sambil cari bahan, sambil cari idea
Sambil cari teman untuk bincang jujur dusta
Moga jangan sampai jadi sikap sambil lewa

Ada kawan bersedih, ada kawan ketawa
Ada kawan memberi kesan yang paling ketara
Ada kawan baru, ada kawan lama
Moga kita juga jadi kawan yang sempurna

Takut kena langgar, takut jatuh saham
Takut salah ajar, takut salah faham
Takut nak keluar, takut siang malam
Moga tak takut belajar agar nanti tak karam

Ingatkan dah dekat, dah boleh campak sauh
Rupanya salah tempat, rupanya masih jauh
Badan pun dah penat, tubuh dah berpeluh
Moga masih larat, moga tak mengeluh

Dengan ikhlas kita baja, dengan tekun kita jaga
Moga ranum… moga harum… hendaknya.

– fadly.ahmad

beautiful-sunrise

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]
Advertisements