Mari Belajar Peribahasa #03

Anjing menyalak kafilah lalu.
Terus mara, tidak peduli kepada rintangan.

Antan patah, lesung hilang.
Berturut turut ditimpa malang.

Api padam, puntung berasap.
Perkara sudah selesai, tetapi masih dipercakapkan.

Advertisements

Mari Belajar Peribahasa #02

Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
Walau apa sekalipun yang hendak dibuat, jangan melanggar adat dan agama.

Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.
Hidup tidak akan terlepas daripada peraturan; setiap tempat ada adat kebiasaannya sendiri.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.
Apabila hendak senang, mesti sanggup bersusah.

Mari Belajar Peribahasa #01

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
Di mana juga kita tinggal, di situ pasti ada rezeki.

Ada biduk, hendakkan serempu pula.
Belum berpuas hati dengan apa yang sudah dimiliki.

Ada tugal, adalah benih.
Segala usaha tentu ada hasilnya; apabila cuba membuat perkara baik tentu ada orang yang mahu menolong.