gembira yang berbeza

Di tengah malam, di tengah padang
Malam penuh bintang, padang penuh hijau
Seorang ayah penuh semangat, penuh hajat
Dibawa bersama anak kecil
Sebagai teman di luas malam

Kanta dipasang mendongak ke langit
Mencari si bintang mata tak kenyit
Sementara anak bermain sendirian
Tak hiraukan sekeliling bak berada di bunian

Tetiba sang ayah mengukir senyuman
Akhirnya bertemu bintang pujaan
Dirinya puas hati
Manakala si anak berlonjak sendiri
Terjumpa syiling di pijak kaki
Dirinya suka hati

Gembira yang berbeza
Senyum tetap sama…

-fadly.ahmad

IMG_2174

Advertisements