Empat kali empat
Nampak sangat kau mengira
Apa kita dapat
Mungkin bukan kita punya
Berbaris ayat suara ritma
Erat budaya bahasa bersepah
Lagu dinyanyi sedap didengar
Ada gurauan ada sumaah
Sambil menulis otak melukis
Bersembang bukan berperang
Ayat disusun dirasa manis
Ritma dan puisi terus berkembang
Ini sekadar pena melatah
Senyum lah sahaja jangan gelabah…
-fadly.ahmad