biarpun separuh…

Kala leka dilamun asmara
Saat bersama dunia meriah
Tanpa ku sedar ku sambil lewa
Pena berdansa bebas berhelah
Lantaran aku mengukir janji
Manis hanya di hujung bibir
Bila engkau tiada si sisi
Ku bagai merak di padang pasir

Wajahmu bak rambulan dihijab sang awan
Menyembunyikan keindahan melestarikan kesucian
Kau tundukkan naluri membangkitkan nurani
Bermadah azali dermaga di hati
Akan ku nanti selagi niat bererti
Akan ku hargai biarpun separuh pelangi…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]