yang terbaik dari ladang

Kalau dah pipit tu mengaku pipit
Jangan mimpi terbang sebelah helang
Kalau tuan kebolehannya sikit
Jangan acah-acah kita tak pandang

Kitalah yang terbaik dari ladang

Yang terbaik dari ladang sudah datang
Sedap bukan main bukan calang-calang
Buka selera teling pasang
Lagu baru nombor satu sedang berkumandang

Kabare Nusantara saya sambung bicara
Otak masih geliga macam ada lipan jaga
Cemburu masih kamu, yang dengki juga kamu
Tapi yang terbaik dari ladang tentulah aku

Asap warna ungu dah lama tak kelabu
Si luncai dah lama tinggalkan dia punya labu
Aku renang ke hulu berakit ke tepian
Aku senang dulu dan kemudian

Garuda kawan harimau di hutan
Seberang tambak singa dah mengaum
Sebelum biskut saya kehabisan
Saya kata chill, relax dan assalamualaikum

Assalamualaikum semua tak jawab dosa
Ariz kembali bersendaloka dan berprosa
Ramai yang cemburu, dengki, ada yang meradang
Kerna dia lah yang semestinya terbaik dari ladang

Ada yang mencari ada yang bertanya
Mahu berjaya bagaimana caranya
Ada yang ragu ada buruk sangka
Kata ku pakai pelaris dan bela saka

Aku dah lalu semua dari mula
Kadang pahit kadang manis macam gula
Jangan bebal cari guru cari buku
Dunia dah ramai yang tiga suku

Tinggi-tinggi tinggi si pohon ara
Tinggi lagi kepul asap api
Tepuk dada tanyalah selera
Kalau-kalau masih belum puas hati

Jangan main kasar, ku lima yang terbaik
Aku cakap besar tatabahasa Malique
Tapi tak nak jahat nanti karma pusing balik
Nanti jadi macam Chin Peng, kau tak boleh balik

Meja dah terbalik penuhkan lantai kosong
Sila goyang enjut dan lompat macam pocong
Laki jangan keras Chikaro pekik terlolong
Kalau yang lain keras sorry tak dapat tolong

Kalau kail tuan panjangnya sejengkal
Janganlah laut dalam hendak diduga
Kalaulah tuan otaknya berakal
Hamba kan menanti kalau nak menduga

Kita tak ke mana kalau mereka nak menduga
Tapi janganlah pula keldai yang ajak kuda berlumaba
Mereka masih cemburu dan dengki dan meradang
Kerna kitalah yang sentiasa terbaik dari ladang

– Ariz | Malique | Liyana Jasmay

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]
Advertisements

rencah jalan cerita…

Kita toleh tengok sekeliling
Ada yang remeh, ada yang penting
Itulah rencah jalan cerita
Ada yang nangis, ada yang ketawa

Menarik bila ramai menyangka setiap yang dikatakan itu menarik
Ada yang buat aku tertarik
Ada yang buat aku serik
Maaf kalau aku mengganggu bunyi cengkerik
Aku berjanji aku takkan pekik

Cuba sedaya upaya lupakan perbezaan
Cuba sedaya upaya pandang jauh ke depan
Makmur dan muhibbah adalah tuntutan
Moga kebencian mula berkurangan…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

kita tetap kesana…

Ilmu pengetahuan usah dipersiakan
Masing-masing diberikan bahagian
Walaupun merata berkongsi maklumat
Masih ramai yang belum dapat

Kita punya asa, Tuhan punya kuasa
Kita tetap usaha
Kita tetap waspada
Kerana kita manusia

Manusia tetap terlupa
Terlupa tetap percaya
Percaya tetap berbeza
Berbeza tetap ketawa
Ketawa tetap mengata
Mengata tetap bermesra
Bermesra tetap alpa
Alpa tetap sempurna
Sempurna tetap terluka
Terluka tetap gembira
Gembira kerana kita tetap kesana…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

faham cuma tak layan…

Pernah tersebut janji sangat lama
Yang terikut-ikut pun tetap lalai jua
Sudah berkedut kulit di muka
Masih berkerut dahi memikirkan dunia
Tetap berebut mengejarkan mewah
Tetap kedekut menceraikan harta

Semua tahu semua faham cuma tak layan
Peraturan hukum-hakam menjadi beban
Risau keseorangan kalau tak ikut rombongan
Nasib baik masih ada puteri dalam taman

Moga ku dibangunkan dari mimpi
Selama ini yang tidur berjalan
Moga puisi menjadi inti
Selama nyawa menemani badan…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

tetap ke sana…

Mata melihat ke langit tinggi
Tak sedar apa yang dipijak kaki
Dalam terang ianya sembunyi
Tak mudah bertemu apa yang dicari

Tiupan angin tak pernah dilihat
Tetap di hati yakin hadirnya
Setiap kejadian sudah bertempat
Tak sangka pengembala menjadi raja

Akur dan redha bahtera hidup
Usaha dan doa kemudi bernyawa
Mata terbuka hinggalah tertutup
Perjalanan kita tetap ke sana…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

april fool…

*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA…

Assalamualaikum wbh.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

– Petikan daripada Risalah Fikrah

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

ianya akan mati…

Angan-angan mu biarlah bererti
Sementara mencapai kemuncak tinggi
Angan-angan mu biarlah menjadi realiti
Sebelum ianya menjadi tragedi
Angan-angan mu biarlah dari hati
Bukan dari niat berhasad dengki
Angan-angan mu biarlah bernadi
Kerana satu hari ianya akan mati…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

tinggalkan satu peluru

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru

Mana tahu?
Dah jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja

– rosli.khamis

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

biarkan

Biarkan
Tak perlu dipujuk tak perlu dipaksa
Jangan buang masa
Biarkan
Tak perlu dirayu tak perlu diendah
Biarkanlah saja

Urus otak pakai akal
Ada otak takda akal

Hidup mesti ada prinsip
Ada jati diri baru tegak berdiri
Biar ukuran tak tinggi
Ego jangan tinggi angan boleh tinggi
Jangan iri hati mesti rendah diri
Baru diberkati baru dihormati
Nanti ulang sekali lagi

Sayang sayang aduh sayang
Ditelan pahit dibuang sayang
Bukan senang hendak senang
Bukan senang-lenang
Lenggang-lenggang lenggok balik berlenggang
Berbisik terang benderang
Macamlah mana orang tak berang
Nanti sekali lagi ulang

Kau lebih faham
Kau lebih tahu
Kau lebih mengerti
kau lebih airf
Kau bijaksana
Kau lebih mengetahui

Sekampung sebumbung sekarang di hujung tanjung
Hilang bukan dikurung beban tidak tertanggung
Puas sudah meraung ngadu nasib sekantung
Jauh sudah merenung tinggal semua senandung
Masa untuk berdayung balik semula ke kampung
Jikalau putus benang boleh juga disambung
Kalau putus ada diri sendiri menanggung

Mikrofon ni puitis kata penuh puisi
Tak dapat ku tandingi bicara menusuk hati
Aku cuma biasa fakta bila berkata
Tak pandai bermain kata
Tak pandai berbunga-bunga
Bukan untuk mengena-ngena
Maaf kalau terkena maaf kalau terasa
Ibarat kapal yang belayar jauh
Hilang satu kelasi kami tetap akan berlabuh

– ahli.fiqir

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

susah nak pisah…

Zaman dah berubah
Itu selalu kita dengar
Dulu polis berseluar pendek
Sekarang anak dara pakai lagi pendek
Tapi bukan seluar menjadi topik ku
Cuma kagum dengan kejadian masa berlalu

Zaman kecilku tanpa tekanan
Hari-hari ku dipersediakan
Di sekolah dapat kawan
Di rumah dapat makan
Di kedai dapat jajan

Akhirnya kau hadir dalam hidupku
Menjadi teman siang dan malam ku
Hidup seharian ku perlukan mu
Tidak bertenaga aku tanpa mu
Adanya engkau menyenangkan ku
Aku miliki apa saja yang ku mahu
Sehingga kehendak melebihi keperluan
Sehingga kekurangan menjadi tekanan

Aku pun terima jalan cerita
Kau sebahagian kehidupan dunia
Walaupun aku telah mencuba
Aku akur pada yang nyata
Adakala berpura tak ambil kisah
Tapi nanti sendiri rasa resah
Dollar, Riggit mahupun Rupiah
Tidak aku nafikan… susah nak pisah…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]