Sains & Islam: Penciptaan Atom

Atom ialah zarah yang paling kecil di mana ia tidak boleh dibahagikan. Walau bagaimanapun atom didapati mempunyai zarah-zarah yang lebih kecil lagi. Kajian mengenai struktur atom dan aktivitinya telah membawa banyak manfaat kepada kesejahteraan hidup manusia menerusi penghasilan tenaga elektrik dan sebagainya.

Tidak kurang pula keburukan kepada alam sejagat akibat penghasilan tenaga nuklear. Semua benda dalam alam semesta ini termasuk tanah, api, air dan udara terdiri daripada atom.

Maha Suci Allah, sungguh menakjubkan yang atom-atom ini tersangat kecil, umpama pebandingannya; berjuta kali lebih kecil daripada ketebaln sehelai rambut manusia.

Next:
Sains & Islam: Al-Quran Sumber Inspirasi
Thursday 2 August 2012, 1200hrs.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Sains & Islam: Sains & Teknologi

Ilmu sains dan teknologi merupakan sumber dari Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran yang terkandung dalam Al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan untuk kemajuan sains dan teknologi. Menjadi asas penting bagi sarjana mengupas kajian yang dibuat untuk mentauhidkan Allah dan menambahkan keyakinan serta keimanan bila kita mampu memahaminya.

Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah dan juga menunjukkan terdapatnya pertalian antara semua yang wujud. Jelaslah bahawa sains dan teknologi yang disumbangkan pada hari ini adalah dipelopori daripada sarjana-sarjana Islam dahulu dan bukannya dari orang Barat. Malah orang Barat sendiri menceduk ilmu ini daripada Islam.

Next:
Sains & Islam: Penciptaan Atom
Monday 30 July 2012, 1200hrs.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Sains & Islam: Malaikat Menurut Perspektif Sains

Malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab, iaitu ‘malak’ yang bermaksud daya (force). Dalam hadis Rasulullah S.A.W ada dinyatakan bahawa malaikat dicipta daripada cahaya.

Cahaya merupakan sinaran elektromagnet yang membawa tenaga dan momentum dan kesannnya dapat dilihat apabila berinteraksi dengan jirim (matter). Hal ini selari dengan makna malaikat itu sendiri yang membawa maksud forces atau daya. Penciptaan malaikat tidak seperti manusia. Manusia dicipta hasil dari tindak balas biokimia. Justeru, manusia perlu patuh kepad hukum (sunnatullah) biokimia, iaitu emosi, makan dan berkahwin (mempunyai jantina). Sebaliknya, sinaran elektromagnet dicipta dari tindak balas fizik. Maka, sinaran elektromagnet tidak tertakluk pada hukum biokimia dan hal ini selari dengan sifat malaikat, iaitu tiada emosi, tidak bernafsu (tuntutan biologi) dan tiada jantina.

Menurut kajian, cahaya dapat bergerak dalam vakum dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Al-Quran: “…dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya.” (Al-Mursalaat : 2)

 

Next:
Sains & Islam: Sains & Teknologi
Thursday 26 July 2012, 1159hrs.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

muka di kertas…

Budi bahasa indah dikias
Harap diberi dengan penuh ikhlas
Tidak mengharapkan supaya dibalas
Dengan kepingan muka di kertas

Pangkat disanjung nama dihias
Piala diletak di para-para teratas
Usah biarkan rendah diri terjejas
Kerana nanti ada ubi ada batas

Bukan niat nak bahas
Tidak sengaja nak pedas
Tetap berhemah tetap beralas
Lebih elok jika berkongsi hanya yang bernas

Ikut resmi padi ikut resam ubi
Ikut hukum bumi jangan ikut hati…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

masih ada bunyi…

Masih di sini
Masih ada bunyi
Masih perhatikan dengan penuh teliti
Masih ada iri
Masih ada dengki
Masih ada juga orang yang macam gini

Masing-masing berjiwa seni
Masing-masing mencari rezeki
Masing-masing usaha tersendiri
Masin terasa lidah pun rasa peluh sendiri

Kita dengar kau menjerit
Kita dengar kau memekik
Kita dengar seumpama bunyi cengkerik

Buat apa pukul canang pukul gong satu kampung
Kalau sekadar menang sorak tapi kalah sabung
Sempadan hanyalah syarat
Agar berwarna-warni bahasa dan adat
Tapi lihat ke atas pandang ke langit
Kita saling berkongsi, jadi takyah nak bingit

Makan sama baca Bismillah
Mati sama bawah tanah

Akhir kata, tak orang tak kita
Takder kena-mengena dengan yang mati atau yang merah mata
Yang terasa boleh belah, yang terhibur boleh ketawa
Salam muhibbah pada semua… ZZzzzZZzzz…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Berikanlah Cahaya

Berikanlah Cahaya

Di kala suria
Menerangi dunia
Aku dilamun
Dalam khayalan

Di kala suara
Memberi bisikan
Baru ke sedar
Diri kehilangan

Berikanlah ku cahaya
Moga terbuka pintu hatiku
Sesungguhnya ku percaya
Hanya engkaulah yang satu

Akan ku beri semua
Kasih sayang dan cinta
Agar bererti segala usaha

Tiada dapat termampu
Sehebat mana rinduku
Jika tiada cinta dan restu
Dari mu

Berikanlah ku cahaya
Moga sempurna perjalananku
Sesungguhnya ku percaya
Hanya engkaulah yang satu

-fadly.ahmad
Anakku Sayang is on Suria Channel, Singapore, every Saturday at 8:30pm and it stars Fauziah Nawi, Hasnol Rahmat, Masturah Ahmad, Siti Hajar Gani, Izzat M Yusof, Rosita Hussein, Andry Sani, Nurul Huda, Erni Natasha, Hasif Nasir and Mujahid.

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

harap…

Harapkan pagar
Pagar masih tak mengerti
Kenapa dia yang bersalah
Meskipun tak pernah makan padi
Harapkan salah
Salah masih tak mengerti
Kenapa dia diadu domba
Meskipun tidak ditanyakan sendiri
Harapkan domba
Domba masih tak mengerti
Kenapa dia dijadikan helah
Meskipun termakan daging sendiri
Harapkan helah
Helah masih tak mengerti
Mengapa tiada rasa muhibbah
Demi ketenangan di hari nanti

Berharaplah
Moga bersinar sang mentari
Ikhlas menerangi setiap lautan dan belukar
Tanpa mengharapkan pulangan ganti
Berharaplah
Moga terbuka pintu hati
Tidak asyik mencari salah si pagar
Tapi perbaiki diri bertanamkan resmi padi…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Mari Belajar Peribahasa #02

Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
Walau apa sekalipun yang hendak dibuat, jangan melanggar adat dan agama.

Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.
Hidup tidak akan terlepas daripada peraturan; setiap tempat ada adat kebiasaannya sendiri.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.
Apabila hendak senang, mesti sanggup bersusah.

Mari Belajar Peribahasa #01

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
Di mana juga kita tinggal, di situ pasti ada rezeki.

Ada biduk, hendakkan serempu pula.
Belum berpuas hati dengan apa yang sudah dimiliki.

Ada tugal, adalah benih.
Segala usaha tentu ada hasilnya; apabila cuba membuat perkara baik tentu ada orang yang mahu menolong.