DiKalung Kasihan

Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza biar ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan lama

Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan lama

Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan Lama

-Imran Ajmain

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]
Advertisements

andainya…

Andainya aku pencinta seni
Andainya hatimu ingin ku miliki
Lautan api akan ku renangi
Gunung berapi akan ku daki
Agar kasihku jelas terbukti

Andainya aku pencinta lagu
Andainya suara tercipta untukmu
Tiada madah yang lebih merdu
Gurindam jiwa bernada syahdu
Suara hati ku tujukan padamu

Andainya aku pencinta jiwang
Andainya engkau laksana kiambang
Tidak ku hairan air gelombang
Tetap ku biaskan bulan terang
Kelopak asmara tetap berkembang

Andainya aku pencinta sastera
Andainya kita akhirnya terpisah
Bumi dipijak tak akan merekah
Langit dijunjung tak akan terbelah
Hidup akan diteruskan juga

Andainya aku pencinta hikmah
Andainya ku gelintar setiap warkah
Rahsia cinta di sebalik kalimah
Terimalah diriku seadanya
Di sisimu hingga akhirnya…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

episodic epistle ep.1

Semangat membara menjadi abu
lentur lekang rentung ke bumi
ilmu tidak sedalam cikgu
sekadar sebesar mata peniti
diragut sudah angin berlalu
hilang pelangi hilang inspirasi
nan nin nun hanya tinggal lagu
hilang seri kusam berganti
cak kun cak mengikut nafsu
ninabobok mengigau berdiri
mungkin aku hanyalah aku
tiada siapa dapat mengerti
ayam tak patuk itik tak sudu
kalam terkatup terkunci mati
jangan terasa jangan begitu
sekadar berfikir dengan hati

.                                                        cut to:

butang baju…

Butang baju pelengkap diri
Kerongsang terlekat kerana peniti
Izinkan diri menyusun jari
Ampun dimohon pada yang sudi
Sebelum pena khayal menari
Bermaksud sejati disalah erti
Lain cempedak lain cili
Main tembak kaki sendiri

Lapan bulatan satu tumpuan
Petua dan ilmu biarlah sebadan
Berani sergah beranilah bertahan
Jangan gelabah melatah meroyan

Niat sang hati ingin memahat
Apakan daya sang jari terhambat
Terbatas asa tak jadi nak buat
Elak terciptanya bahan mengumpat

Maki jarak jauh kita tak layan
Dari angkat jari baik angkat tangan
Kita salam tangan kita berikan senyuman
Habis cerita jabat tangan ucapkan selamat jalan

Kalau langkah sumbang selisih pencak
Jangan salahkan gendang tak ikut rentak…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Sains & Islam: Hari Raya Sebenar

Menurut Nabi Muhammad SAW, hari raya bagi setiap orang beriman ada 5; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul khatimah, hari berjaya melintasi Siratul Mustaqim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia berhadapan dengan Allah SWT.

Memandangkan kita belum menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hari raya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesong budaya kita yang menyambut hari raya dengan hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegiatan yang melupakan kita akan hari raya sebenar.

Aidilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Maaf Zahir dan Batin.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Sains & Islam: Rahsia Sujud – Perkembangan Otak

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna. Ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal. Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana tertarik ketika membuat kajian saraf.

Next:
Sains & Islam: Hari Raya Sebenar
Thursday 16 August 2012, 1159hrs.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Sains & Islam: Ayat Al-Quran Penawar Segala Penyakit

Bunyi desiran pantai, bunyi air terjun, hembusan angin semuanya mempunyai seribu satu khasiat pada kesihatan tubuh kita. Dalam Islam kita disuruh membaca Al-Quran dengan suara yang jelas kerana terdapat seribu satu penawar kepada kesihatan tubuh kita.

Ayat-ayat Al-Quran bila dibacakan dengan bunyi yang betul, ia memberi kesan positif kepada organ di dalam tubuh kita melalui getaran bunyi yang mempunyai seribu satu terhadap kesihatan tubuh kita. Kita juga disuruh membaca Bismillah sebelum minum air atau makan. Inilah khasiatnya yang kita tidak pernah diberitahu. Walaubagaimanapun, cara yang terbaik ialah membaca sendiri ayat Al-Quran. Amat besar pahalanya.

Next:
Sains & Islam: Rahsia Sujud - Perkembangan Otak
Monday 13 August 2012, 1159hrs.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Sains & Islam: Astronomi Dalam Al-Quran

Seseorang tidak dapat memahami astronomi Islam jika ia tidak mengambil kira peranan Al-Quran dalam astronomi. Al-Quran menjadi punca ilmu Islam paling ulung. Ilham daripada Al-Quran menjadi penggerak yang mencetuskan kemajuan dalam astronomi. Di antara ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang langit, bumi serta cakerawala seperti berikut (maksudnya): “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan perbezaan malam dan siang adalah ayat (tanda) kepada orang yang mempunyai fikiran.” (Surah Ali-Imran:190)

Al-Quran juga memberi ciri-ciri cakerawala untuk menjadi renungan manusia. Astronomi dalam Islam bukan sahaja untuk menentukan kiblat, waktu sembahyang dan hari raya sahaja. Pengajian astronomi diperintah oleh Allah ke atas umat Islam bagi menguatkan kepercayaan dan keyakinan tauhid mereka kepadaNya.

Next:
Sains & Islam: Ayat Al-Quran Penawar Segala Penyakit
Thursday 9 August 2012, 1159hrs.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

Sains & Islam: Al-Quran Sumber Inspirasi

Gerakan ini menggunakan penemuan-penemuan sains moden dan memadankannya dengan ayat-ayat Al-Quran yang difikirkannya boleh diterima akal. Di antaranya ialah penemuan sains berkenaan bumi ini bulat dan memadankannya dengan ayat ke-19 Surah al-Hijr atau Surah al-Rum ayat ke-48 dengan pamahaman sains berkenaan kitaran hujan.

Para pengusul dalil membuat tafsiran berdasarkan dua kata dasar bahasa Arab dalam ayat tersebut, ‘ratq’ bermaksud ‘becamtum’ dan ‘fataq’ yang bermaksud ‘memisahkan atau membelahkan’. Dengan erti kata lain, Islam itu sendiri sudah lama membuktikan teori gelombang agung kerana ia sudah dinyatakan di dalam ayat Al-Quran yang berumur lebih daripada 1400 tahun.

Next:
Sains & Islam: Astronomi Dalam Al-Quran
Monday 6 August 2012, 1200hrs.

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]