kita tukar arah…

Lain ulu lain parang
Zaman dah maju pun masih main parang
Salah tenung kena serang
Salah cakap members semua meradang
Niat berjuang sebagai tunjang
Tanpa disedari semuanya petualang
Masyarakat umum dah tak pandang
Yang penting kita menang
Masuk geng bendera dijulang
Masuk lokap airmata berlinang

Tenaga sibuk digabung
Semangat demi menyokong
Pantun bersorak bak gong berdengong
Rupa-rupanya setakat tong kosong
Berkerat jari nombor disanjung
Serang beramai bak burung tiung
Bro kata, “No problem, aku tolong!”
Cukup masa semuanya bohong

Apa kata kita tukar arah
Dari buat benda salah, sendiri susah
Nikmatilah berkat hormat ibu dan ayah
Terjaganya budaya terjagalah maruah
Cuba sedaya-upaya, jangan mengaku kalah
Buat yang terbaik, pada Tuhan kita berserah
Bak kata Malique “Tukar niat baca Bismillah…”
Moga perjalanan kita semua lebih cerah.

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

hujan panas sudah tempias…

Aku akur manusia memang suka menduga
Tapi janganlah ular lidi mencabar si naga
Bila kau dah kantoi sebelum berdepan
Ibarat sebelum berjudi dah kena saman
Kerana hasrat yang bersyarat aku terjerat
Kerana pangkat dan darjat engkau keparat

Bila lemau orang mengata
Bila gedik orang mengumpat pula
Buatlah apa yang korang suka
Gasaklah apa orang nak kata

Ilhamku berpandukan dari pelbagai karenah
Berjuta yang buruk berjuta juga yang indah
Yang terasa jangan marah
Yang perasan boleh belah

Mungkin cara ku suka menyindir
Tapi niat ku supaya semua berfikir
Bila hujan panas sudah tempias
Mungkin ramai yang akan terjejas

Yang penting selagi darah dan nafas di urat saraf
Pada kamu semua yang setia ku pohon maaf…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

rencah jalan cerita…

Kita toleh tengok sekeliling
Ada yang remeh, ada yang penting
Itulah rencah jalan cerita
Ada yang nangis, ada yang ketawa

Menarik bila ramai menyangka setiap yang dikatakan itu menarik
Ada yang buat aku tertarik
Ada yang buat aku serik
Maaf kalau aku mengganggu bunyi cengkerik
Aku berjanji aku takkan pekik

Cuba sedaya upaya lupakan perbezaan
Cuba sedaya upaya pandang jauh ke depan
Makmur dan muhibbah adalah tuntutan
Moga kebencian mula berkurangan…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

kita tetap kesana…

Ilmu pengetahuan usah dipersiakan
Masing-masing diberikan bahagian
Walaupun merata berkongsi maklumat
Masih ramai yang belum dapat

Kita punya asa, Tuhan punya kuasa
Kita tetap usaha
Kita tetap waspada
Kerana kita manusia

Manusia tetap terlupa
Terlupa tetap percaya
Percaya tetap berbeza
Berbeza tetap ketawa
Ketawa tetap mengata
Mengata tetap bermesra
Bermesra tetap alpa
Alpa tetap sempurna
Sempurna tetap terluka
Terluka tetap gembira
Gembira kerana kita tetap kesana…

-fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

faham cuma tak layan…

Pernah tersebut janji sangat lama
Yang terikut-ikut pun tetap lalai jua
Sudah berkedut kulit di muka
Masih berkerut dahi memikirkan dunia
Tetap berebut mengejarkan mewah
Tetap kedekut menceraikan harta

Semua tahu semua faham cuma tak layan
Peraturan hukum-hakam menjadi beban
Risau keseorangan kalau tak ikut rombongan
Nasib baik masih ada puteri dalam taman

Moga ku dibangunkan dari mimpi
Selama ini yang tidur berjalan
Moga puisi menjadi inti
Selama nyawa menemani badan…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

permaisuri pengaman resah…

Kau rentasi usia remaja
hidup penuh suka dan duka
menjadi saksi sejarah merata
kau melangkah ke alam seterusnya
memberikan layanan penuh mesra
menjadi seorang isteri penuh setia
tiba saatnya engkau berjuang
melahirkan kami ke muka dunia
sakit perit mu hanya dapat dibayang
oleh kami yang mudah terlupa

kau jaguh bidang kerja rumah
kau professor ilmu kesabaran
kau permaisuri pengaman resah
kau pendita ilmu pengasuhan
kami akur selautan pengorbananmu
kami akur segunung kesabaranmu
masih belum dapat kami membalas keikhlasanmu
dengan dorongan setulus hati kami ucapkan Selamat Hari Ibu…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

is never done…

A man’s work is from sun to sun
but a mother’s work is never done
You’ve given me everything that I need
putting me always second to none
A mom forgives us all our faults
not to mention one or two we don’t even have
You’ve made me what have I become
you love me and I love you Mom…

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

sibuk daki gunung…

Memang ramai yang takkan mengaku
tapi ramai yang tetap merapu
buka pekung di dada akhbar
rajin bohong ibarat dibayar

masalah dunia ingin dilerai
masalah sendiri belum selesai
keluarga sana-sini bercerai
kasih sayang tak lagi dibelai
budi pekerti tak lagi dituai
semakin hari semakin cuai

orang lain sibuk kerjasama jana ekonomi
orang kita sibuk kerjakan sesama sendiri
orang lain tingkatkan bangsa
orang kita jadi mangsa

ego sibuk daki gunung
dah tak sempat nak tenung
dah tak ada masa nak renung

dari tunjuk jari baik angkat tangan
tak boleh tahan jugak angkat kaki jalan…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

tetap ke sana…

Mata melihat ke langit tinggi
Tak sedar apa yang dipijak kaki
Dalam terang ianya sembunyi
Tak mudah bertemu apa yang dicari

Tiupan angin tak pernah dilihat
Tetap di hati yakin hadirnya
Setiap kejadian sudah bertempat
Tak sangka pengembala menjadi raja

Akur dan redha bahtera hidup
Usaha dan doa kemudi bernyawa
Mata terbuka hinggalah tertutup
Perjalanan kita tetap ke sana…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]

ianya akan mati…

Angan-angan mu biarlah bererti
Sementara mencapai kemuncak tinggi
Angan-angan mu biarlah menjadi realiti
Sebelum ianya menjadi tragedi
Angan-angan mu biarlah dari hati
Bukan dari niat berhasad dengki
Angan-angan mu biarlah bernadi
Kerana satu hari ianya akan mati…

– fadly.ahmad

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]