perang dah tamat

INTRO (SAMPLE: TUN DR. MAHATHIR)
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

CHORUS (RABBANI)
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.

VERSE 1 (MALIQUE)
Berita yang ditunggu kini sedang tersebar
seluruh umat manusia boleh tersenyum lebar
perang sudah tamat terpampang di dada akhbar
senjata dah dilucutkan malahan dibakar
jalan dah dibuka, bekalan dah dihantar
pengawal sempadan bersalaman dan bergambar
tiada lagi askar-askar luka main kejar- kejar,
kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar.
Bumi berhenti bergetar, tak perlu rasa gentar
tiang dah dipacakkan, bendera berkibar
yang sembunyi keluar, dah bersinar di luar
burung besi pulang yang sebenar legar- legar
langit koyak dah ditampal tiada halilintar
laut merah pudar, jala kembali ditebar
di desa bunga mekar, di bandar bangunan tegar
bunyi mercun, bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
apakah benar? Perang dah tamat.

VERSE 2 (MALIQUE)
Perang sudah tamat, kita jadi buta warna
lihat kulit manusia, semuanya sama saja
pembunuhan, permusuhan, semua syak wasangka
harus dihentikan berkuatkuasa serta merta
Piagam Madinah dihidup dan dijana
semua agama Ibrahim aman hidup bersama
perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
tak disebut, tak diguna, tak lagi dicari makna.
Perang sudah bubar, perang sudah bubar
ganti sebiji peluru dapat sebatang cigar
perang sudah bubar, perang sudah bubar,
ganti sebatang senapang dapat sebiji gitar
mereka kata tidak mungkin, aku balas benar
cuba tutup mata baca risalah diedar
perang sudah tamat, kunyanyi separa sedar
perang dah tamat, maaf bukan cerita sebenar.

VERSE 3 (MALIQUE)
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
bukan aku, bukan kamu, ajal Dia yang tentukan
ada Torah, Zabur, Injil, ada Quran
kalau Iqra’ tiada ibu-bayi mati berpelukan
ada I-Ching, ada Tipitaka, ada Veda
habis baca semua baru sedar kita tiada beza
kita manusia, lain nama dan fizikal
persamaan utamanya kita ada akal
biar haiwan saja bersifat territorial
ok, hypothetical – tiada peta politikal.
Saya orang aman, saya bukan orang jahat
saya benci perang, saya rela bersahabat
nyanyi lagu damai satu dunia ikut rapat
sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat.

CHORUS (RABBANI) X2

RABBANI
Uthrubul Horriyah, Auqifull Haq
(Berikan kemerdekaan, hentikan peperangan)

OUTRO (SAMPLE: TUN DR. MAHATHIR)
War must therefore be made illegal.

– Malique ft. Rabbani

Music video courtesy of Monkey Boys from YouTube

.s e l i t j o k e r

.PTK HERE
.Gumbira.com HERE
.3 quotes daily HERE

[auto-imported from fadlyahmad.wordpress.com]
Advertisements

One thought on “perang dah tamat

  1. Pingback: Tweets that mention perang dah tamat « .sirat nan edan | silentfury -- Topsy.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s