ganjaran Allah S.W.T terhadap pengorbanan wanita…

Satu hari, Rasulullah s.a.w melawat Fatimah dan mendapatinya sedang menangis. Maka baginda bertanya ”Wahai Fatimah, apakah yang membuatkan kamu menangis” Fatimah menjawab ”Wahai Ayahanda, saya menangis kerana sangat letih ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayah menyuruh Ali membeli seorang hamba, itu adalah pemberian yang besar bagiku” Mendengar kata-kata itu baginda rasa sedih, lalu baginda duduk berhampiran dengan alat pengisar kemudian mengambil segengam gandum dan melafazkan Basmallah. Ketika Rasulullah s.a.w memasukkan gandum ke dalam alat pengisar itu, maka ia bergerak sendiri sambil bertahmid kepada Allah dengan suara yang indah sehingga semuanya dikisar. Lalu baginda berkata ”Berhentilah wahai alat pengisar” Ketika itu Allah s.w.t membolehkan alat itu boleh berkata-kata, ”Demi Allah yang telah mengutus kamu dengan kebenaran, aku tidak akan berhenti selagi kamu tidak memberi jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka Allah s.w.t”. Baginda bersabda ”Kamu adalah batu, namun kamu juga takut kepada neraka” Alat itu berkata ”Wahai Rasulullah saw, aku terdengar firman Allah, jauhkanlah kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan bakarnya batu-batu. Penjaga-penjaganya adalah Malaikat yang kasar dan keras, tidak derhaka kepada Allah dan sentiasa mengerjakan perintah Allah” Maka Rasulullah saw pun berdoa kepada Allah. Kemudian Jibril turun dan berkata ”Wahai Muhammad, Allah kirim salam kepadamu dan berpesan, beritahulah kepada batu itu bahawa Allah telah memberikan anugerah keselamatan daripada api neraka dan akan meletakkannya di antara batu-batu syurga dalam mahligai Fatimah dan dia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini”. Lalu baginda bersabda ”Wahai Fatimah, sekiranya begitulah kehendak Allah, alat pengisar itu akan bekerja setiap hari, tetapi Allah ingin mencatat kepadamu perbuatan baik dan meninggikan darjatmu kerana tanggungjawab yang berat itu (sebagai isteri dan ibu). Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina 7 buah parit di antaranya dengan neraka yang jarak di antara satu parit ialah sejauh langit dan bumi. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatat baginya perbuatan baik sebanyak benang itu dan akan memadamkan 100 perbuatan jahat. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah sudah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas tahta di akhirat. Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuat pakaian anak-anaknya, maka Allah swt akan mencatat baginya ganjaran pahala yang sama dengan orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tiada pakaian. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan mencuci diri anaknya itu, Allah swt akan mencatat untuknya pahala dan amalan baik sebanyaj helaian rambut anaknya itu dan memadamkan kejahatan sebanyak itu juga dan menjadikannya kelihatan berseri pada mata orang yang melihatnya” (HR Abu Hurairah)

AK banenr copy

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s