peristiwa bulan rejab…

Peristiwa ini berlaku di Baitulmaqdis, di mana ada seorang wanita tua yang sangat rajin beribadat, terutamanya bila tiba bulan rejab.

Di bulan ini dia akan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali di samping mengerjakan ibadah puasa. Di bulan ini juga dia akan menanggalkan segala pakaian mewah dan digantikan dengan pakaian biasa.

Pada suatu hari dia jatuh sakit dan merasakan ajalnya hampir tiba, lalu dia pun meninggalkan wasiat kepada anak lelakinya. Katanya, “Anakku, sekiranya aku mati kapankanlah aku dengan kain yang murah.”

Setelah ajalnya tiba, lalu diuruskan jenazahnya itu oleh anaknya. Tapi kerana mahu menjaga maruah keluarga, anak lelakinya itu telah mengkafankan ibunya dengan kain yang mahal. Pada malam itu, dia bermimpi bertemu dengan ibunya. Kata ibunya, “Kenapa engkau tidak melaksanakan wasiatku dulu? Aku tidak rela dengan kain yang mahal ini.”

Setelah terkejut dari tidur, anaknya merasa menyesal lalu membuat keputusan untuk menggali semula kubur ibunya. Setelah digali sedalam yang mungkin, namun dia masih tidak berjumpa dengan mayat ibunya. Akhirnya dia pulang.

Pada malam itu dia bermimpi lagi. Ada suara yang berkata, “Sesiapa yang memuliakan bulan rejab, maka Allah tidak akan membiarkannya bersendirian di dalam kubur”.

Bila tersedar, dia berasa amat hairan namun bersyukur kerana ibunya telah mendapat perhatian di sisi Allah di atas kelebihan serta amalan ibunya di bulan Rejab.

welcome to Rejab

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s